
“Ini adalah satu permulaan atau pengakhiran sebelum mengetahui keputusan mahkamah apabila kami pulang dari umrah nanti,”kata isteri pelakon dan pelawak, Shuk Sahar iaitu Rossa Sera mengenai keputusannya menjalani ibadah umrah bersama suaminya, kelmarin.
Sera berkata, apa jua keputusan mahkamah sama ada baik atau tidak, dia dan Shuk mahu menjadi lebih bertanggungjawab dalam menguruskan anak-anak mereka.
November tahun lalu, Sera atau nama sebenarnya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Shuk selepas pelawak itu didakwa curang.
Menurut Sera, Shuk sendiri yang mengajaknya ke Makkah untuk menunaikan umrah bersama.
“Saya berserah apa juga keputusan yang ditetapkan mahkamah, sama ada negatif atau positif. Bagi saya, apa yang sudah berlaku, sudahlah.
“Paling penting, fokus saya ketika ini adalah untuk membesarkan anak-anak, manakala bagi Shuk pula, fokus kepada perniagannya.
“Kami berdua sudah berubah untuk menjadi insan yang lebih baik dalam pelbagai urusan. Kami mahu menjadi lebih bertanggungjawab.
Saya sebagai ibu dan Shuk pula dari segi nafkah anak-anak serta apa jua yang tidak dititik beratkan sebelum ini,” katanya.
Kemelut rumah tangga Sera dan Shuk belum menemui titik noktah walaupun berdepan pelbagai kontroversi.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6; dan Nur Assyifatu Aimi, 3.
Sumber : HMETRO ONLINE ..
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.