
CEF selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan berkongsi berita duka kehilangan ibu tercinta, Noraini Abdullah atau lebih dikenali Cik Ani kira-kira pukul 6.20 pagi, Khamis.
Allahyarham berusia 93 tahun menghembuskan nafas terakhir selepas 10 hari dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur akibat kanser dan beberapa komplikasi penyakit.
“Ibu sudah meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi tadi,” katanya menerusi kiriman Whatsapp kepada kenalan rapat.
Sebelum itu, Chef Wan, 64, menerusi Instagram memberitahu mahu membawa ibunya pulang ke rumah selepas menerima nasihat daripada doktor.
Namun, dia tidak yakin dapat menjaga ibunya dengan baik kerana bimbang rawatan yang diberikan di rumah tidak sebaik di hospital.
“Doktor memberitahu saya dengan membawa ibu pulang ke rumah, dia boleh mendapatkan penjagaan yang lebih berkualiti dengan keselesaan di rumah saya.
“Tapi kan, jauh di dalam sudut hati saya masih bimbang untuk membawanya pulang dan kami tidak boleh memberikannya penjagaan paliatif dengan baik,” ujarnya.
View this post on Instagram
Jenazah disolatkan di Masjid Putra, Putrajaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cyber 10, Cyberjaya.
Selain menderita kanser, Cik Ani juga berdepan beberapa penyakit lain seperti alzheimer dan dimentia
Sumber : MSTAR ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.