Isteri Ini Runsing, Suami Keluar Kerja Foodpanda Hampir Seminggu Tak Balik. Sejurus Lepas Viral Minta Tolong, Esoknya Suami Dia Pulang

Setelah empat hari hilang tanpa sebarang berita, akhirnya penghantar makanan yang dikenali sebagai Muhammad Faisal dilaporkan sudah pulang ke rumahnya pagi tadi.

Perkara berkenaan disahkan oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi Kosmo! tengah hari tadi.

“Saya telah dimaklumkan oleh isteri Muhammad Faisal sendiri bahawa suaminya telah pulang ke rumah pagi tadi.

“Setakat ini, hanya itu sahaja maklumat yang dapat saya kongsikan kepada semua,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter @dannyslov3r turut berkongsi maklumat mengenai kepulangan penghantar makanan berkenaan.

“Dia (Faisal) dah balik pukul 11 pagi tadi. Terima kasih.

“Saya tiada Twitter, tolong maklumkan kepada semua,” tulis individu terbabit.

STATUS YANG DIKELUARKAN OLEH ISTERI

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang wanita buntu apabila suaminya tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu (9 Januari) tanpa sebarang berita.

Menurut wanita itu yang dikenali sebagai Nur Malrah menerusi Facebook memberitahu bahawa laporan polis juga telah dibuat bagi mengesan keberadaannya.

Dalam hantaran sama, dia memberitahu keadaan bertambah sukar kerana suaminya tidak dapat dihubungi ekoran telefon bimbitnya yang tidak aktif.

Sumber- KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.