Kakak Ira Kazar Kena Fitnah Netizen, Rupanya Dia Tidak Pernah Cakap Apa Yg Netizen Sebutkan

Kisah perkahwinan kontroversi antara Ira Kazar dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof dilihat terus sohor di ruangan maya dan menjadi topik perbualan umum.

Selain Ira dan bapanya yang kerap disebut-sebut dalam laporan media, kini seorang lagi ahli keluarga dramatis veteran berkenaan turut terkena tempiasnya.

Kakak kepada Ira iaitu Melor Kazar menerusi ruangan IG Story miliknya mendakwa telah menjadi mangsa fitnah blogger yang tidak beretika.

“Bila masa pula aku cakap macam ni? Yang bukan-bukan je blogger ni!

“Duduk diam pun kena juga? Di bumi apakah aku duduk ni?” ulasnya yang terkejut membaca namanya dikait dalam penulisan berita tersebut.

Ini kerana, blogger tersebut telah menerbitkan artikel berbaur fitnah yang mendakwa Melor mengeluarkan satu kenyataan pembelaan terhadap adiknya.

“Allah takkan maafkan kalian selagi kalian tidak meminta maaf daripada orang yang dikutuk!” memetik laporan artikel terbabit yang kononnya disuarakan Melor.

Jumaat lalu, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dirinya telah berkahwin dengan Ira berwalikan Kazar Saisi sendiri.

Puteri Sarah kemudiannya memohon agar Syamsul ‘melepaskannya’ secara baik kerana tidak sanggup hidup bermadu.

Sumber – BOOM! MALAYSIA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.