Puteri Sarah nampak ceria, bersemangat datang mahkamah. Dia pohon doa orang ramai

PELAKON Puteri Sarah Liyana hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam keadaan tenang dan ceria pada pagi Isnin.

Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, tiba di mahkamah kira-kira pukul 10.30 pagi ditemani oleh dua orang adiknya.

Sarah mengenakan jubah hitam dilihat bersemangat ketika hadir untuk memfailkan penceraian dengan suami, pengarah Syamsul Yusof.

“Hari ini saya bersedia, bersemangat sebab ada adik-beradik datang bersama. Okay saya nak kena masuk dalam (mahkamah), doakan Sarah tau,” katanya kepada mStar.

sarah1 - 1

Terdahulu, Sarah menerusi Instagram memohon agar Syamsul melepaskannya kerana tidak rela dimadukan.

Sarah bagaimapun berpegang teguh dengan pendiriannya untuk memfailkan penceraian selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.