
Pelakon, Puteri Sarah Liyana berkongsi bagaimana dirinya diberi petunjuk oleh Allah selepas seminggu menunaikan solat sunat Tahajjud tentang perbuatan curang suaminya, Syamsul Yusof.
Dalam perkongsian menerusi sesi live bersama Noor Neelofa itu, Sarah berkata dia mengambil masa selama seminggu untuk tuhan membuka pandangan matanya.
It took me one week untuk Allah tunjuk semua, macam Allah buka hijab I. Mula I macam CSI, zing dapat tahu.
Bukan itu sahaja, apabila ditanya bagaimana cara berdoa dengan betul untuk menghadapi masalah yang dihadapi, pelakon berusia 37 tahun itu berkongsi cara berdoa yang tepat untuk meminta kesabaran dan ketenangan dalam menghadapi ujian.
Sebelum ini, I selalu minta ya Allah ya Rahman ya Rahim berikan aku kekuatan. Bila kita minta kekuatan, memang Allah akan bagi kita ujian banyak-banyak sebab bila Allah uji kita, kita kuat.
Namun, sebaliknya, Sarah berkata seseorang itu sepatutnya berdoa agar diberikan kesabaran dan ketenangan untuk menghadapi segala masalah yang dihadapi dan bukannya memohon kekuatan.
Barulah kita tenang, kita sabar
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan perkongsian Sarah dan ramai yang berkongsi mereka turut mengamalkan amalan yang sama dan mengalami pengalaman sama.
Sumber : BeautifulNara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.