
Isteri kepada usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida tidak akan memberikan kebenaran kepada suaminya untuk berkahwin lain.
Tegas Shahida, tiada wanita yang berkahwin rela untuk dimadukan malah setiap orang mengharapkan pasangan mereka untuk setia buat selama-lamanya.
“Kalau boleh bertahan dengan kerenahnya, silakan (sambil berseloroh).
“Saya tak benarkan dia kahwin lain… mana-mana isteri pun tak okay benda itu (poligami) sebab sudah tentu bila kita kahwin, tak pernah terfikir pun untuk dimadukan atau diduakan.
“Bila kita kahwin, sudah tentu kita harapkan pasangan setia dengan kita. Tapi kita tak tahu apa yang akan datang. Bila dah kahwin, jangan meletakkan harapan akan bahagia selamanya.
“Jadi, kena bersiap sedia dengan apa yang kemungkinan ada,” katanya.
Shahida dan suaminya, Aliff ditemui ketika Anugerah Nona Superwomen 2022 di M Resort & Hotel, Bukit Kiara, Petaling Jaya baru-baru ini.
Terdahulu, Aliff mengakui dia sememangnya pernah berfikir untuk berkahwin lain disebabkan ingin merasai kenikmatan berpoligami.
Bagaimanapun, Aliff berkata dia tidak berkemampuan untuk membahagikan kasih sayang dan perhatian jika mempunyai ramai isteri.
Meskipun ada keinginan itu, namun Aliff hanya mahukan isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida yang menerima segala kekurangan dalam dirinya.
Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007 dan pasangan itu juga menanti kelahiran cahaya mata keenam tidak lama lagi.
View this post on Instagram
Sumber: HMETRO ONLINE