Siti Nurhaliza Akhirnya Mengaku Beli Rumah Dekat Dubai. Siti Beritahu Betul Ke Harga Rumah Puluh Juta

Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan melabur di Dubai dengan membeli sebuah kediaman mewah di lokasi perdagangan dan kediaman popular di dunia itu, seperti yang dihebohkan netizen, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Siti menafikan kediaman itu mencecah nilai puluhan juta ringgit seperti didakwa.

“Setiap orang punya impian dan itu (kediaman) adalah antara impian saya. Saya anggap pembelian hartanah itu adalah sebagai suatu pelaburan.

Siti berkongsi perkembangan terkini dirinya yang membuat pelaburan di Dubai dengan membeli kediaman mewah di lokasi perdagangan dan kediaman popular dunia itu , pada majlis sambutan ulang tahunnya di ibu negara, hari ini.

“Selain itu, saya juga bercadang mengembangkan perniagaan di Asia Barat. Lokasi itu dipilih kerana saya memang sukakan Dubai kerana ia sebuah negara Islam yang pesat membangun.

Entri dimuat naik Siti di Instagram (IG) memaparkan kediaman dimiliki di Dubai, baru-baru ini, yang mencetuskan spekulasi peminat terhadap pelaburan terbaharu penyanyi tersohor itu. Foto IG Siti Nurhaliza

“Bagaimanapun, harga puluhan juta ringgit yang digembar-gemburkan itu sebenarnya berlebih-lebih.

“Harganya tidaklah seperti digembar-gemburkan. Saya belum mampu lagi untuk capai tahap itu… Itu melampau-lampau,” katanya ditemui pada majlis sambutan ulang tahunnya di sini, hari ini.

Biarpun agak keberatan untuk berkongsi lanjut mengenai hartanah itu, penyanyi Biarlah Rahsia ini berharap apa yang dilakukannya membawa pengaruh positif kepada masyarakat

“Apa pun saya ambil itu sebagai perkara positif supaya dapat merealisasikan impian sendiri,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan Dubai, Siti berkata, Asia Barat adalah salah satu lokasi strategik untuk dia mengembangkan perniagaan.

“Segala yang terbaik ada di sana. Selain itu, saya suka dengan kepesatan dan pembangunan Dubai.

“Mungkin suatu hari nanti kerjaya saya akan berkembang di sana,” katanya.

VIDEO:

Sumber : BHARIAN ONLINE